Bismillahhirrahmanirrahim..
"Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati ysng dengannya mereka dapat memahami, atau mempunyai telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang ada di dalam dada".. (Al-Haj : 46)
Bismillahhirrahmanirrahim..
When the first time
I saw you...
I can feel that
There is something inside you
Which makes me feels that
I am so precious in your life...
When the first time
I look into your eyes...
I can feel that
Your love for me is pure…
There is no doubt about it
No one can deny
Your love for me…
When the first time
You touch me…
I can feel
The gentleness inside you…
Your touch
Makes me feel comfortable…
Your touch
Makes me calm…
There's love in your eyes...
There's love in your touch…
You will do anything for me…
As a proof of your love
Everything about you is love...
I will do anything for you…
You are everything for me…
Thank you so much
For your love and care…
I LOVE YOU
MOM...DAD...
Bismillahhirrahmanirrahim..
"sembahlah Allah seolah-olah kamu melihat Nya(merasa kehadiran Nya). walaupun kamu tidak melihat Nya, yakinlah bahawa Allah melihat kamu" - H.M
Bismillahhirrahmanirrahim..
"bacalah Al-Qur'an dan jangan jadikan rumah kamu seperti kubur. tidak dimasuki syaitan rumah yang dibaca di dalamnya surah Al-BAqarah" - H.T
Bismillahhirrahmanirrahim..
teringat 2 thun lpas (2009) kawan baik call..katanye insyaAllah akan kawin seminggu lepas raya cine tahun lepas (2010). .seronok aku denga..aku tumpang gembire..yang tak syoknyer..dia nak aku jadi pengapit..aduihhhhh...tak sanggup nak denga..katanya cari baju warne ungu..katanye lagi,nak tak nak aku kene gak jadi pengapit dia..pakse rele katenye..kalau aku tak pergi,tak jadi pengapit dia, dia nak boikot aku..huhu..
aku bukan ape..bukan tak sudi jadi pengapit dia..bukan tak nak pergi kenduri dia.. tapi..alahai..aku rimas sebenanye pergi kenduri kawan-kawan kawin ni..sebab, confirm aku akan dapat 'soalan bonus'.. "aok bile lagi..?" "dah ade calon ker..?".. aduh..malas nak denga soalan-soalan itu dan yang senegaranye dengannye..macam dah takde soalan len..macamlah aku ni dah 46 tahun tapi tak kawin lagi..hehe..
pernikahan bagi aku bukan something yang senang..bagi aku, pernikahan itu adalah satu tanggungjawab.. tanggungjawab itu bukan hanya pada suami atau isteri atau jugak setakat tanggungjawab pada rumah tangga itu sendiri sahaja..tapi ia juge bermakne tanggungjawab pada keluarga mentua..
pernikahan juga bagi aku adalah suatu perkongsian..bukan setakat perkongsian hidup antara dua individu tetapi jugak melibatkan kedua-dua keluarge..kalau seorang isteri marah bile suami asyik-asyik famili dia,asyik-asyik famili dia..dan sebaliknye,dia kene ingat suami atau isteri itu juge punye keluarge sendiri yang mane suami atau isteri itu kini sendiri adalah sebahagian darinye..
pernikahan juga bagi aku adalah suatu penerimaan..isteri harus menerime suami seadanya..suami juge harus menerime isteri seadanye..bukan setakat itu, yang paling penting mesti menerime keluarge mentua..menganggap mereke seperti keluarge sendiri bukan setakat mentua..mak ayah mentua mesti dilihat sebagai ibu bapa kandung,bukan sebagai mentua..ipar duai perlu disemai sebagai adik-beradik sendiri..jika itu dapat dilakukan, insyaAllah takkan timbul tak ngam, saling mendengki,'kau jeling aku,aku jeling kau' dengan famili metua dan ipar duai..bukan itu sahaja..kedua belah keluarge mentua dan keluarge kandung juge mesti saling menerime antara satu sama lain..
kesimpulannyer..pernikahan bukan melibatkan hanye suami dan isteri itu sahaja.. tetapi ia juge melibatkan kedua-dua belah keluarga..itulah makne pernikahan bagi aku..bkan snang.....
Bismillahhirrahmanirrahim
kaki langit ku renung..
pandangan ku lontar..
bibir mengukir senyum..
hati mula merindu..
ingatan mula menebal..
aku rindu pagi di sana..
pagiku disapa kokokan ayam
bersama kicau beburung menyahut
pagiku di sini..
aku disapa deruan enjin
bersambut hiruk pikuk
aku rindu pagi di sana..
pagi yang aku disambut oleh
kabus dan embun yang
menyegar pandang
pagiku di sini..
disambut oleh 'kabus' dari kenderaan
yang menyesakkan..
sungguh..
aku teramat merindu
pagi di sana
Bismillahhirrahmanirrahim
ku selusuri jambatan itu..
kaki ku gagahkan
menapak duri dan kaca..
walau sakit walau pedih..
takkan ku hirau
jambatan itu..
sudah tidak memberi erti
langsung hilang dari hati..
sejak bertahun sudah..
bahkan telah ku lupa kewujudannya
pabila kembalinya mencoret kisah
takkan sesekali ku lemah
jambatan duri dan kaca itu
tidak ku tatih
kerana telah ku tatih
melaluinya suatu waktu dulu
jambatan yang pernah meluka hati
telah ku derai
sesekali takkan ku cantum
atau kenang kembali..
kerana
takdir ku redhai seikhlas hati..
dirimu dan kenangan..
telah ku lepas
dan ku biar berlalu
bersama mutiara jernih
yang tak ku seka
bertahun lalu..
andai betul katamu sayang
hanya satu ku pinta..
bukti..
lepaskan aku dari hatimu
andai betul kau sayang..
jangan sesekali kembali..
hanya itu bukti sayang ku pinta
kerana
sesekali takkan ku toleh
pada masa lampau..
sekadar mencoret rasa..berkongsi pandangan..meluah pendapat..moga dapat sesama menambah ilmu dan mencambah pandangan,insyaAllah..tafadhal..