Tuesday, 5 July 2011

Istikharah....


Bismillahhirrahmanirrahim..

ya Allah, sesunggughnya aku memohon pilihan Mu dengan ilmu Mu.. dan aku mohon petunjuk dengan kudrat Mu.. dan aku mohon kurnia Mu yang Maha Agung..

ya Allah, sesungguhnya Engkau yang Maha Berkuasa dan aku tidak berdaya, Engkau yang Maha Mengetahui dan aku tidak mengetahui, dan Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib..

ya Allah, seandainya menurut pengetahuan Mu bahawa urusan ini, iaitu (.......................................) berguna dan baik bagi ku samada untuk agama, dunia mahu pun akhirat ku, samada sekarang atau pun nanti, maka takdirkanlah ia bagiku, mudah kan lah bagiku dan berikanlah aku berkat padanya..

tetapi seandainya menurut pengetahuan Mu bahawa urusan ini, iaitu (......................................) buruk dan membawa bencana bagiku samada untuk agama, dunia mahupun akhirat ku, samada sekarang atau pun nanti, maka singkirkanlah ia daripada ku dan hindarkanlah aku daripada nya..takir kan lah aku kebaikan di mana pun aku berada.. kemudian jadikanlah hatiku redha padanya..

amin amin amin ya Rabal Alamin....

No comments:

Post a Comment